Ads 468x60px

Blog ini ditulis oleh tiga individu berbeza yang sangat merendah diri. ececeh. Untuk informasi selanjutnya klik About Us

Monday, 31 December 2012

aku tak kan jejakkan kaki aku lagi ke tempat tu..

bismillahirrohmanirrohim..

Ye..aku memang pemalas,malas aku tahap dewa!Setiap hari,dari dulu sampai la ke tahun akhir persekolahan pun,aku still lagi gosok baju sekolah pepagi buta.Mulalah huru hara dibuatnya.Baju di ufuk timur,kain di ufuk barat,tudung di kutub utara.Huh!aku sendiri pon tak tahu kenapa sikap aku yang satu ni sangat sebati dalam jiwa raga aku.Biarpun tahu kemungkinan untuk lewat ke sekolah itu ada,tapi begitu juga aku hari-hari.Tapi,tak pula aku lewat.Biasanya aku akan sampai ke sekolah sebelum 7.15 pagi.Ye,ye,tak payah cakapla yang Aku ni memang seorang pelajar yang berdisiplin.

Tak kira lagi saat yang paling kelam kabut dan huru hara dalam hidup aku bila nak pegi sekolah ialah sewaktu mencari stoking yang tak tahu di mana letaknya.Ouh..memang tersangat-sangat awkward lah moment tu.Segala skill pencarian aku gunakan.Kalah komander Steve McGarret dalam cite Hawai Five-O tu.Mac Taylor dalam CSI NY tu pon tak boleh nak lawan lagi kehebatan aku ni. *tinggi nyer imaginasi aku*

Di hari persekolahan pula,ada satu hal yang saya memang tak suka,iaitu ucapan dari Tuan pengetua.Saya bukan tak suka puan,saya sayang sangat-sangat puan.Saya begitu kagum dengan wibawa puan sebagai seorang wanita yang mampu mentadbir sekolah dengan begitu hebat sekali.Tapi puan,ucapan puan yang sangat panjang dan meleret-leret tu membuatkan kaki saya mengalami lenguh yang sangat ekstrem rasanya.Mata pula berat semacam saja.Tak campur lagi dengan otak saya yang sudah mula mentafsir ucapan puan ke arah yang sedikit negatif tu.Cuma tahun lepas sedikit berbeza situasinya.Hari pertama menjadi emcee,setiap kali mana-mana cikgu yang berucap,aku akan goyang kaki di belakang pentas sambil mulut rancak berbual dengan sahabat seangkatan.Maklumlah,di hari pertama hampir semua cikgu nak pegang mikrofon dan bila dah dapat pegang macam tak nak lepas pula.Sampai kadang-kadang tu kena marah pulak dengan cikgu,tak sedar yang volume voice kiteorang lagi tinggi dari volume yang keluar dari corong pembesar suara.

Itulah dia pengalaman yang menghasilkan kenangan.Tak kan aku lupa sampai bila-bila.Beribu kenangan yang menjengah ke minda dan hati aku beberapa hari ini.Zaman persekolahan baru beberapa bulan aku tinggalkan,istilah gembira itu memang ada.Namun, perasaan gementar,takut, dan sedih lebih menguasai diri kerana sedar aku tidak lagi akan memakai baju biru yang dari zaman sekolah rendah lagi sudah melekat di tubuh badan.Sedar yang tidak akan ada lagi bebelan guru-guru yang tajam namun sampai ke lubuk hati.Sedar yang bila dah jejak ke universiti nanti,tak kan ada lagi manusia yang engkau akan panggil cikgu!sedar yang aku akan melangkah ke alam yang lebih dewasa yang pastinya lebih mencabar!Ye..aku tak kan jejakkan kaki aku lagi ke sekolah,kalau pegi pon,bukan lagi dengan memakai uniform lengkap,bukan lagi bernama pelajar sekolah.Situasi nya pasti berbeza.Hmm..

Buat kau,kau dan kau yang masih di alam persekolahan,ketahuilah bahawa zaman persekolahan bukanlah zaman yang patut engkau,engkau dan engkau sia-siakan.Hargailah dan isi lah ia dengan sepatutnya.Ini masa untuk engkau semua menuntut ilmu,jadi tuntutlah ilmu dengan sepenuh hati.Jangan sia-siakan usia mudamu.Kelak,dirimu juga yang merana.

Aku bercerita ni bersandarkan pengalaman aku sendiri.Bukan direka reka tau.Aku tak mahu engkau,engkau dan engkau mengalami nasib yang sama macam aku sekarang ni.Ingat,menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.
Di sini ada sedikit pesanan ikhlas dari hati untuk kau,kau dan kau yang nak ke sekolah besok.Pastikan baju dah siap digosok,siapkan kasut dan stoking cepat-cepat,bawak buku sikit-sikit dah la,biasa first day ni sesi perkenalan yang akan menghiasi hari anda =D Jangan lupa tanam azam baru dengan semangat yang baru!Bangun,bangun!Esok dah tahun baru,hari baru,impian baru,azam baru!Bukan baju ngan kasut aje yang mesti baru.Betulkan niat ke sekolah esok pagi.Niat mencari ilmu untuk mencari redha Ilahi,insyaALLAH akan dipermudahkan segala urusan :) semoga hari pertama anda besok menjadi hari yang sangat seronok. Welcome back to school guys!




1 comment: