Have you ever meet a gurl that you thought was perfect
you waited for her years 'cause you know she worth it
here's a lil' story about the gurl i knew...*
Ear phone memekik suara Malique. Kepala mengangguk - ngangguk mengikut rentak. Kadang rasa macam orang gila pula, mengangguk tak tentu pasal. Cuaca panas. Mujur pakai cap. Kaki melangkah ke ntah-restoran-atau-kopitiam-atau kafe yang bernama Vico, tempat paling sempoi kalau nak lepak dengan memember. Dan tempat ni memang dah jadi port aku bila waktu makan tengah hari. Selalunya aku datang sekali dengan Pijo, member setugas di Skater. Tapi hari ni dia tak datang kerja, jadi aku makan sorang - sorang je hari ni. Lantaklah, asal perut kenyang.
Aku terus menuju ke kaunter untuk menitip pesanan makan tengah hari.
" Kak Ros macam biasa."
Kak Ros angguk. Faham benar dengan selera aku. " Eh mana Pijo?"
" Hari ni dia tak datang kerja. Demam," aku menjawab. Sekali lagi Kak Ros mengangguk sebelum ke dapur untuk menghantar pesanan aku tadi kepada petugas di dapur.
Aku mencari-cari meja makan yang kosong. Mata aku nampak seseorang. Kejap.... Bukan Amin ke tu?... Hmm betullah dia tu.... Nampaknya aku tak makan sorang-sorang lar hari ni.... Terus aku mendapatkan tempat duduk di meja Amin. Amin tu member masa sekolah menengah aku. Amin tengok aku dengan muka masam. Ada masalah lah tu.
" Apa hal ni bro. Kau ada masalah apa sampai muka masam macam ni? Story morry lar dekat aku," aku membuka bicara.
" Tak de apa-apa. Aku period je hari ni," dia menjawab selamba. Tersembur gelak aku bila dengar dia jawab macam tu. Tambahan, muka dia langsung tak de riak bersalah bila jawab macam tu.
" Aku tahu kau ada masalah cerita je lar dekat aku," aku memancing dia lagi.
" Aku period lah..." dia membalas dengan ton bosan.
Air milo ais sekali dengan nasi ayam yang aku pesan tadi sudah sampai. Aku menyedut straw milo ais tersebut. Rasa lega sikit trakea aku. Ingat nak makan terus nasi tu tapi tangguh kejap sebab lebih berminat nak tahu masalah budak Amin ni. Entahlah tetiba je jadi macam ni. Selalu dia ok je.
" Siapa buat kau period? beritahu aku. Biar aku settle dengan budak tu. Senang-senang je dia kacau member aku," Aku berlagak baik, macam yang selalu aku lakukan.
" Aku sendiri yang buat aku period..." dia jawab dengan muka toya.
" Aku simbah kau karang dengan air milo ais ni. Tak pasal-pasal boleh mandi percuma. Serius lar. Cerita dekat aku apa yang berlaku dekat kau," aku mendesak
" Kalau aku cerita pun kau tak kan percaya punya..."
" Kau tak cerita lagi macam mana kau tahu aku tak kan percaya. Hei kau kan member aku yang paling jujur tak kan aku tak percaya dekat kau. Cerita je. Aku setia mendengar," balas aku.
" Okay... Tapi kau kena percaya apa yang aku nak cakap ni," dia bagi syarat pula tapi aku angguk je tanda setuju.
" Baiklah. Benda ni dah lama aku simpan. Semua orang tak tahu kecuali keluarga aku."
" Kenapa? Kau sakit ke Amin?" aku mencelah. (suasana macam cerita sedih)
" Bukan. Aku tak sakit. Tubuh badan aku sihat waalfiat. Tapi jiwa aku yang sakit."
" Eh kejap. Tadi cakap tak sakit. Lepas tu cakap jiwa kau pula yang sakit. Betul-betul la cerita. Aku tumbuk muka kau karang baru tahu," aku dah mula konfius.
" Aku tak pandai nak cerita dekat kau sebab memang susah nak bagi kau faham. Tapi lepas kau tengok benda ni kau akan faham. Dan kau pasti akan terkejut," Amin keluarkan sesuatu dari poket belakang jeans Levisnya. Dompet. Dia buka dompet. Ambil ICnya. Dia berikan kepada aku.
Ha? aku terlopong. aku tengok dia atas bawah. Aku tenyeh mata aku takut-takut mata aku kelabu... Kejap... Betul ke ni?
" Aku dah cakap. Memang kau tak nak percaya. Aku cerita ni dekat kau je. Jangan nak pandai-pandai bagi tahu orang lain. Aku cerita dekat kau ni pun sebab aku percaya dekat kau."
" Tapi betul ke ni? aku memang tak percaya lar," aku masih meraguinya. Betul ke tak apa yang aku baru saksikan ni?
" Kau mesti ingat kau ni bermimpikan. Alah biasa lah ni macam dalam drama.Tak pe biar aku buktikan yang kau tak bermimpi sekarang ni. Kejap," Amin berdiri di hadapanku. Menghalakan belakangnya kemudian...Puuuuuttt... Wah sempoi... tepat-tepat kena muka aku. Baunya memang perh... Bau telur goreng campur tempoyak..... Dan bau tersebut terus membuatkan aku sedar yang aku tak bermimpi. Tapi aku bersumpah tak kan makan terus nasi goreng yang aku pesan tadi sebab dah dicemari gas karbon sekian-sekian (aku kurang sikit kimia so tak tahu kentut tu gas apa...hehehe)
" Okay... Aku dah percaya aku tak bermimpi. Tapi kenapa kau rahsiakan dari aku dan kawan-kawan yang lain," aku menyoalnya.
" Aku takut korang semua tak boleh nak terima aku," Amin bernada sedih.
" Bro kita orang berkawan dengan semua orang tak kisah orang tu macam mana sekalipun. Orang tu gemuk ke kurus ke. Atau terlebih ganas atau terlebih awww lembutnya, kami kawan je. Tak pernah pun kami pilih kawan kerana bagi kami berkawan biar beribu, berskandal pun biar beribu juga, tetapi awek sejati biarlah satu," aku berfalsafah. Kadang-kadang aku pun perasan juga yang aku ni ada bakat yang sama macam itu Inche Plato dan Inche Soccerates. Tapi mungkin aku tak ada rezeki nak jadi macam mereka sebab tu kerja dekat Skater je.
" Tapi...Hmm... Memang betullah kau tengah period ni?" aku sengaja tanya.
" Ya lar. Korpus luteum dah merosot ni. Aras progestron dan estrogen pun semakin berkurang," Amin atau nama sebenarnya Aminah menjawab selamba sebelum beredar pergi dari situ.
Dia meninggalkan aku tergantung begitu saja, tanpa bertali. Aku jadi clueless dengan apa yang aku dengar dan saksikan dari dia. Tadi aku baca nama dia dekat IC... Aminah binti Salman Khan...Tapi badan dia nampak macam lelaki je.... Tak..... sebenarnya dia pakai benda alah tu... alah benda warna putih yang buat lilit dekat badan tu untuk nampakkan badannya seperti lelaki... Macam dalam cerita korea tu... Oh tidak... Rupanya Amin tu Aminah.... Amin yang aku sangka lelaki tu perempuan....Oh tidak!!! Betul-betul tak sangka.... Azan dari Masjid Jamek sudah berkumandang... Aku pun dah rasa macam tak sihat ni... Muka pun dah biru... Nak tenangkan diri... Ya lebih baik aku pergi solat dulu...
* lagu just friend - too phat ft VE
***********

Lol... cerita ini cuma satu dari berjuta imiginasi aku. Ya saya ni kuat berimiginasi ( berangan sebetulnya )
Cerita ni cuma rekaan je. Jadi tak perlu percaya. Kalau korang percaya juga tak tahu lah nak cakap macam mana... Tapi kan cerita macam ni valid tau dan pada pendapat saya memang pernah berlaku. Ya dunia sekarang terlalu tua dan macam-macam benda pelik yang berlaku. Dan selalunya benda pelik tu dah jadi satu kebiasaan dalam kehidupan kita. Apa pun Tak ada niat nak ecchi ke apa. Cuma tulis fakta yang saya belajar je. Tapi maaf kalau ianya mengundang kemarahan...
By the way cuba bayangkan orang yang korang sangka seorang lelaki sejati, atau lelaki kacak , atau senang kata lelaki yang memang nampak lelaki tapi sebenarnya dia seorang gurl?
Apa reaksi korang?
Melopong?
Menganga?
Menjejeh air liur?
mengorek hidung?
Excited giler?
Korang tentukan.....

No comments:
Post a Comment