Ya,musim tengkujuh sudah tiba,aku rasa mesti ramai di kalangan kamu,kamu dan kamu yang makin rapat ukhwahnya dengan katil kesayangan.Maklumlah..tubuh badan begitu selesa berada di dalam selimut tebal.Waktu puncaknya sudah pasti selepas subuh dan petang-petang menghampiri maghrib.Sebenarnya tak elok engkau,engkau dan engkau asyik tido aje..tapi,kadang kadang tu tak apalah,nak buat macam mana, dunia remaja la katakan. =D
ok,cukuplah untuk pendahuluan kepada entry aku yang agak lama menyepi.Bukan sengaja menghilangkan diri,tapi ada lah beberapa perkara yang terjadi sejak dua menjak ini.Ye,ye,aku tau,korang sangat rindukan aku bukan?maaflah,aku sikit pon tak rindu korang.
Di entry kali ini,seperti biasa ilham untuk menulis amat susah untuk diperolehi.Aku sendiri pon tak tahu kenapa.Actually banyak aje topik-topik atau isu-isu menarik yang boleh aku tulis di sini,cuma yang menjadi kebimbangan aku adalah adakah entry aku akan berjaya menarik perhatian engku engkau dan engkau semua?ya,itulah cabarannya di sini,menulis untuk kepuasan diri sendiri dan dalam masa yang sama berjaya mendapat tempat di hati pembaca.Mencabar bukan?
Ada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ni?Ada?ok ada.Selamat Hari Lahir aku ucapkan. Bagi kalangan kita yang lahir tahun 1995 ini,kau kau dan kau sedar tak lagi yang kita ni dah berumur 17 tahun?Aku tahu ramai yang tak suka dengan angka ini.Maklumlah,pada umur inilah kita secara rasminya menjadi mangsa SPM.Tak mengapa,aku faham hal itu.
Aku masih ingat ketika zaman ''childhood'' aku dulu,tarikh yang sangat teruja dan paling dinantikan ialah pastinya hari lahir!Aku pasti semua kanak-kanak dalam dunia ni pon begitu.Ayah belikan kek,ibu masakkan makanan kegemaran,dapat hadiah daripada ahli keluarga dan kawan-kawan,,sambutan hari lahir yang cukup meriah.Tapi itu dulu,zaman kanak-kanak aku dah tinggal sejarah.Makin bertambah umur aku,layanan di hari lahir seolah-olah dilupakan.Tiada lagi dibelikan kek hari jadi,tiada lagi hadiah atau apa saja,tiada lagi layanan istimewa daripada sesiapa pon.Kalau ada pon,hanyalah sepotong sms dari sebilangan kecil kawan-kawan yang masih setia mengingati tarikh lahir aku.Hmmm..
Rupa-rupanya bila makin bertambah umur,makin kuranglah hadiah hari jadi dan makin kuranglah layanan istimewa.Macam hipotesis pula.Hipotesis hari lahir.Makin bertambah umur,makin cerdik kita.Betul ke? Bagi aku,benar.Makin kita bertambah umur,makin banyak pengalaman hidup yang mengajar kita bermacam-macam perkara.Tak kisah la sama ada ianya pengalaman pahit atau manis,kerana aku yakin semua orang pernah mengalami fasa ''zaman kegelapan''.Cuma situasinya saja yang mungkin berbeza.Ada satu hal yang aku belajar dari situ.Kita perlu,mesti,harus,WAJIB berubah untuk jadi YANG LEBIH BAIK.
Don't be the same!Change,be a better person.
Aku tahu,nak berubah ni bukan senang.Tiap kali nak berubah,ada saja alasannya.Ditambah pula dengan bisikan Si syaiton durjana yang tak habis-habis menghasut.Niat tu dah ada,cuma anggota badan pula seolah-olah tak bersedia.Tak seiring dengan gerak hati yang dah beria-ia ingin melakukan reformasi.
Mari aku kongsikan sedikit pendapat aku beberapa langkah untuk kita semua yang ingin berubah menjadi yang lebih baik.
1) Nawaitu.
Niat mesti tepat.Pasang niat betul-betul,tanamkan azam dalam diri,yang kita memang betul-betul hendak berubah.Yang penting,niat nak berubah mestilah kerana ALLAH swt,pencipta kita.
2)Bersyukur
Bersyukur lah kerana ALLAH swt telah menggerakan hati kita untuk berubah.Berubah mestilah ke arah kebaikan.Itu tandanya ALLAH sangat sayangkan kita.Dan kita pula,janganlah sia-siakan peluang dan ruang yang ALLAH dah bagi pada kita ni.ALLAH itu Maha Penyayang bukan? =)
3)Kuatkan semangat.
Ya,semangat mesti kuat.Pedulikan bicara dari mulut manusia.Sentiasa ingat bahawa manusia itu tadi juga hamba ALLAH,hamba yang juga sepertimana kita,tidak sempurna.Bersangka baiklah dengan ALLAH,sentiasa berfikiran positif dengan apa jua perkara.Husnuzhon dengan ujian yang menimpa.Sentiasa sabar kerana ALLAH sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang bersabar.Sabar itu tanda keimanan kita.
4)Mulakan dengan perlahan,tetapi berterusan.
Jangan terlalu drastik dalam proses reformasi.Ianya perlulah ''steady'' dan berterusan.Perubahan yang drastik mungkin akan menyebabkan hati kita terasa masin seperti sodium klorida.Terasa seperti ketidakmenjadian disitu.Jadi,mula lah dengan perlahan,biar kita rasa selesa dengan apa yang kita buat,biar hati kita rasa ''secukup rasa'' =) *apa yang aku merepek ni?*
5)Yakin pada ALLAH.
Yakinlah pada ALLAH yang telah menggerakkan hati kita untuk berhijrah.Perlu sentiasa ingat yang semua berlaku pasti ada hikmahnya.Tak kira betapa ''buruknya'' kita pada masa lalu,ingat hari esok masih ada. Setiap kali matahari memancarkan sinarnya di pagi hari,pasti ada sinar baru untuk kita.Setiap hari terlalu berharga untuk disia-siakan.Berubahlah menjadi lebih baik!
Kesimpulannya,hidup ini adalah suatu proses pembelajaran.Setiap hari kita belajar,belajar dan belajar.Dari proses pembelajaran itu lah lahirnya pengalaman,pengalaman yang mengajar kita hidup ini seusatu yang sangat berarti bagi yang memenuhinya dengan kebaikan,kebahagiaan dan kejayaan.
Be thankful for what you have,be hopeful to the better us-love,me :)