Assalamualaikum,
senyum itu sedekah!
Sejak dua menjak ni saya rasa diri ini semakin polite pula. Bila bercakap menjaga adab. Bila berjumpa dengan orang bersalaman. Bila jumpa gals yang manis beri senyuman seikhlas mungkin sambil kenyit mata( bukan ke senyum itu sedekah? hehehe), dan bila jumpa gals tak manis senyum juga cuma kurang sikit ikhlasnya dan tak kenyit mata sebab takut gals yang manis tadi jealous. Beradab kan? Ececeh. Perasan je saya ni kan-kan-kan.
Tapi tak kisah la perasan ke tak perasan pun sebab hari ini saya nak share satu cerita pasal saya. Cerita ini bit memalukan tapi it worth untuk cerita dekat engkau orang.
Ok let me story morry~
Saya ni boleh lah dikategorikan sebagai pleasant-looking guy. Bukan kacak tapi bila orang tengok sejuk lah juga mata memandang. Boleh lah tahan seposen dua kalau nak buat menantu mana ibu - ibu bapa - bapa di luar sana tu.
Ok ceritanya bermula begini. Ada satu hari tu saya dan keluarga pergi ke kuantan untuk beli sedikit barang. Sebenarnya rancang nak ke Mesra Mall yang ada di Kemasik je tapi macam mana entah kereta boleh terlajak ke Kuantan. Tapi Mak tak kisah pun kereta terlajak sebab alang - alang boleh jumpa ayah yang berkerja di Kuantan ( alasan yang tak ada kaitan pun).
So dekat sana kita orang singgah dekat Giant. Dulu masa kecik - kecik memang saya syok gila bila pergi Giant Kuantan tapi sekarang perasaan itu dah hilang sebab dah suka dekat pasaraya lain. Sorry Giant Kuantan awak dah jadi ex saya. Lagipun awak dah crowded sampai saya rasa tak cukup nafas masuk dalam bangunan awak. Tak apa jangan bimbang sebab saya masih lagi ada hati pada Giant Kuala Terengganu so jangan sedih sangat ok!
Dekat Giant tu saya masuk tandas untuk melabur sedikit saham. Kata orang hari itu banyak 'ong' untuk untung besar. Dan benarlah kata orang itu, sebab bila saya keluar tandas saya rasa kelainan pada diri saya. saya telah menjadi perhatian ramai. Bukan perempuan je tapi lelaki pun. Masa tu rasa kebanggaan sikit. Bayangkan ada orang tengok kita dan senyum pula tu. Mungkin lepas keluar tandas tu baru orang perasan yang saya ni muka macam Brad Pitt tak pun Tom Cruise. Ya, saya pun baru perasan muka saya macam mereka.
Tapi malang tidak berbau seperti kentut yang sentiasa menonjolkan baunya. Memang malang bagi saya pada hari tu. Saya akhirnya discover why saya jadi tumpuan orang hari tu. Masa tu kami sekeluarga di food court. Sedang - sedang nak makan tu saya tengok bawah. Saya jadi marah kepada diri saya kerana cemerkap selepas selesai melabur. Marah gila - gila. Sepanjang berapa lama saya pergi jalan - jalan dalam Giant tu saya tak perasan langsung yang...
zip saya tak tutup meh!!!
Saya lupa tutup zip sebelum keluar tandas.
Hmm saya malu dan insaf. Saya faham kenapa mereka semua senyum.
Saya faham kenapa saya jadi tumpuan hari itu.
Dan saya faham saya bukan Brad Pitt atau Tom Cruise.
Damn lah kau zip!
Spoil betul!!!