bismillahirrohmaniroohim..
kadang-kadang aku pelik dengan tabiat aku yang satu ni.Suka bebenor kumpul kertas pembalut cokelat.Yang paling banyak pastilah cokelat kegemaran aku,Cadbury yang pelbagai jenis dan perisa.Ada juga sesetengah pembalut cokelat yang tediri daripada brand yang lain seperti Van Hautton, Daim,Tango,Ferrero Rocher dan macam-macam lagilah.S,M,L,XL itulah antara saiz pembalut cokelat yang ada.Sikit-sikit aku kumpul dan letak dalam satu kotak hadiah berwarna hitam yang bercorak mini polka dot berwarna putih.Sangat comel. Sikit-sikit.Ya,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Bijak benar pepatah orang dulu-dulu,nampak simple tapi cukup bermakna.
Ada di kalangan kau,kau dan kau yang sama pelik macam aku ni?ada?kalau ada?kita geng! =D
Kadang-kadang aku pelik dengan sikap aku yang payah sangat nak pilih baju apa yang nak dipakai bila nak keluar.Sampaikan satu masa,setengah jam masih lagi dibawah belenggu yang amat dasyat,seperti diserang satu penyakit aneh,tercegat di depan pintu almari baju,berdiri kaku persis seorang pesakit mental lagaknya.Sampaikan papa kesayangan aku yang menunggu di luar sudah mula mengeluarkan volume suaranya yang paling maximum menyuruh aku supaya cepat.Lepas satu,satu,kadang-kadang dah pakai pon, hambik kau buang balik pakai baju lain pulak.Kalau ikut logik,apa yang susahnya dalam memilih pakaian?Ambik ajelah baju mana-mana pon.Kita pakai baju apa sekalipon bukan nyer ada orang nak marah,warna apa,brand apa,cantik,buruk,baru,lama,siapa yang peduli?Tak de bukan?Ataupun...mungkin aku seorang yang cerewet..kot.Hmmm... *wondering*
Ada di kalangan kau,kau dan kau yang sama pelik macam aku ni?ada?kalau ada?kita geng! ;))
Kadang-kadang aku pelik dengan sikap aku yang bila ke restoran or kedai mamak or kafe, or kopitiam or restoran hotel 5 bintang*dalam mimpi*dan sewaktu dengannya,aku selalu aje mintak air suam.Kadang-kadang aku tak sedar pon mulut aku yang menyebutnya.Lancar seperti kereta formula one di Sepang circuit aje permintaan tu keluar.Apa salahnya kalau aku order air lain kan,Strawberry Juice ke,Blueberry juice ke,Raspaberry juice ke,Blackberry juice ke..kan?Baik minum kat rumah,ambik aje dari thermos mommy aku tu.Sedap pon sedap.Entah lah,mungkin kerana aku seorang yang sangat menjaga kesihatan,tak minum air sweet sweet sour salty ni.Bagus,bagus.Mungkin jugak sebab aku kesiankan papa aku,ye lah,bila mintak air suam,tak de lah mahal sangat,murah je air suam ni,kadang-kadang setengah kedai tu,free aje.See?How good and nice daughter I am.. :)
Ada di kalangan kau,kau dan kau yang sama pelik macam aku ni?ada?kalau ada?kita geng! :))
Kadang-kadang aku pelik dengan sikap aku yang bila baca buku atau novel atau majalah atau surat khabar atau apa sajalah,aku akan mula membacanya dari tengah.Entahlah,aku tak tahu dari mana datangnya sifat aku yang satu ni.Dari planet pluto kah,dari planet marikh kah,atau dari planet Venus kah?Yang pasti bukan dari planet bumi.Kenapa aku tak mula dari depan aje?Kan senang,ikut flow aje cerita tu.Ni,baca tengah-tengah macam mana nak tahu cerita yang sebenar?Tak ke susah tu?Tak ke pelik tu?Tak ke bengom tu?
Ada di kalangan kau,kau dan kau yang sama pelik macam aku ni?ada?kalau ada?kita geng! ^__^
kadang-kadang aku pelik dengan sikap aku yang tak suka bawak handbag bila keluar.Sebagai seorang muslimah sejati,*ye,ye,aku tau aku hal tu* pastilah handbag itu satu keperluan.Sangat perlu untuk menyumbat purse,Handphone,Galaxy note,tab,Ic,Lesen Motor,Lesen Kereta,atau mungkin juga Lesen Lori,bedak muka,bedak asas,celak,blusher,gincu dan eye shadow jenama Maybeline New York dan macam-macam lagilah yang wajar untuk disumbat.Habis tu,di mana segala barang-barang aku ni disumbat?Tak kan aku letak dalam beg plastik atau dalam slang kelate disebut plastik ghrok ghrak *kurang pasti ejaanya* kot??.Macam ni,aku akan pastikan yang aku akan pakai baju yang ada poket.Sebab tu aku suka baju kurung aku ada poket.Dalam poket aku tu,aku sumbat IC,handphone dan mungkin beberapa keping not duit sahaja.Aku tak pakai make up,so tak adelah make up kit aku.So,kepada bakal suamiku yang handsome di sana tu,tak perlu bazir duit beli handbag jenama Louis Vuition,Bonia atau Alain Delon tu,sebab nanti aku akan gantung kat tombol pintu aje.Membazir
Ada di kalangan kau,kau dan kau yang sama pelik macam aku ni?ada?kalau ada?kita geng! >__<
Well,mungkin ada antara kau,kau,kau merasakan yang perkara di atas tak lah pelik mana pon.Mungkin ramai lagi dalam dunia ni yang sama pelik macam aku ni.Siapa tahu?Dan siapa peduli?Aku pasti ramai lagi antara kau,kau dan kau yang ada sifat yang laaaaagi pelik.Sebenarnya,yang pelik ni la menjadikan kita special dan limited edition.Come on,think positive!Perkara-perkara yang pelik ni la yang menjadikan kita cukup berbeza dalam kalangan hampir 8 billion manusia yang pernah hidup dan masih hidup atas muka bumi ni.''Kepelikkan'' inilah menjadikan kita sangat unik sebenarnya.So,tak payah la risau kalau kau,kau dan kau ada sedikit sifat pelik dari yang biasa.
Just let it.It show how you let yourself be yourself. :)