Ads 468x60px

Blog ini ditulis oleh tiga individu berbeza yang sangat merendah diri. ececeh. Untuk informasi selanjutnya klik About Us

Tuesday, 13 November 2012

Lelaki dan Bola : Kau ada Masalah Ke?

    Ruang likup yang gelap. Tanpa cahaya sedikitpun. Angin - angin sepoi bahasa bertiup dari arah kipas. Aku sedang menulis dalam kegelapan itu. Sebenarnya memang bimbang menulis dalam gelap kerana merosakkan mata. Namun entri ini perlu disiapkan pepagi buta ini juga. Di luar sana bulan masih lagi membuka auratnya, menampakkan seluruh badannya yang meminjam cahaya si matahari untuk kelihatan bercahaya. Aku masih lagi terkial - kial untuk menulis entri ini... Cukup setakat ini ayat pendahuluan. 

 ( fuh... tak sangka saya ada bakat nak tulis novel)

  

ya, macam itu lar...hohohoho

Seseorang bertanyakan kepada saya kenapalah kaum homosapiens yang lelaki ini minat  gilakan bola. Then dia cakap lagi. Mungkin sengaja dia hendak sakitkan saya sebagai seorang lelaki sejati yang A+;

" Enta tahu, bila enta dengan kawan - kawan main bola enta semua nampak macam bodoh je," selamba dia bermulut lancang. Ya, dia seorang perempuan. 

" Kenapa?"

" Ya lar. Enta kejar satu benda (bola) itu beramai - ramai bak kata pepatah ' ibarat sperma mengejar ovum' "   

" Tak rasa macam bodoh ke?" dia menambah lagi. Tetapi dia tidak tahu yang dia turut menambah rasa ingin bagi kaki ke muka dia dalam diri saya ini. Selamba badak cap ayam brand je cakap macam itu. Tak ada tapis - tapis langsung. Mujurlah aku ini perangai macam imam muda kalau tak memang ' akan ini makan dia' ( sambil tunjuk siku)

  Hmm baiklah nak-tak-nak kena akui jugalah apa yang dikatakan oleh si gadis tadi. Bukan yang pepatah sperma tadi atau lelaki nampak macam bodoh bila main bola tetapi pasal lelaki gilakan bola. Memang lelaki gilakan bola. So, apa masalahnya?

  Hei si gadis yang ayu, kalau awak rasa itu (hubungan istimewa lelaki dengan bola) satu masalah then awak patut tahu yang lelaki pun ada masalah  dengan hobi masa lapang perempuan yang gila bershopping. Pantang ada masa lapang je hendak pergi shopping. Pantang ada peluang je hendak habiskan duit ayah atau suami atau pakwe atau adik atau kawan lelaki atau anak saudara lelaki atau mana - mana lelaki lain untuk bershopping ( saje je tulis semua lelaki untuk tunjukkan betapa lelaki banyak berkorban demi perempuan). Itu lagi teruk bai kalau ekau nak tahu.

  Sebenarnya bola atau lebih tepat lagi bola sepak ialah satu seni yang indah bagi seorang lelaki sejati ( ya, hanya lelaki sejati je yang minat bola sepak ).

  Seni? Ya, bola sepak adalah seni. Jika hendak dianalogikan bola sepak ibarat satu pementasan teater dan pemain - pemainnya merupakan pelakon. Masing - masing mempunyai watak untuk menghidupkan jalan cerita persembahan tersebut. Pelakon yang baik ialah pemain yang bersungguh menjaga peranan mereka di atas padang dan pelakon yang cemerlang ialah pemain yang mempunyai banyak kelebihan seperti skil individu yang menarik, gerakan solo dan mampu memberi ancaman kepada pihak lawan.

  Dalam pementasan tersebut terdapat pelbagai rasa dan mood yang menyelebungi atmosfera stadium yang menjadi tapak pementasan teater. Ada rasa excited, nervous, suspen, thriller, dan rasa ingin kentut je. Semua rasa tersebut bercampur dan bergabung menjadi satu. Hasilnya ia akan mendatangkan keghairahan kepada mereka yang menonton perlawanan tersebut. Dan rasa seperti inilah yang membuatkan lelaki sejati ( ulang sekali lagi, Lelaki sejati! ) sangat mencintai bola sepak. 

  Sebab itu ramai budak lelaki yang sanggup berqiamulail pada waktu malam sementara menunggu perlawanan bola sepak berlangsung. Sebelum tengok bola mereka akan mendirikan dulu solat sunat dua rakaat atau sempurnakan solat isyak yang mereka tak buat sebelum tidur sebelum itu. See, siapa kata gila bola tidak ada manfaat? At least sebab gila bola lelaki boleh tunaikan kewajipannya dan solat sunat atau qiamullail. Masalahnya, adakah hobi perempuan masa lapang yakni bershopping mampu memberikan manfaat yang sama? Tepuk dada tanya selera! Tepuk perut kentut yang keluar!

  Akhir sekali, perlulah diberitahu bahawa bukan lelaki je yang gilakan bola. Sekarang ini dah ramai pun perempuan yang turut join puak lelaki sejati untuk sama - sama gilakan bola. Bahkan ada segelintir dari perempuan ini lagi teruk gilanya terhadap bola yang satu tu. Kalah lelaki sejati. Malas je nak beritahu takut jadi isu pula. Setakat ini je dari saya, Abang Burn untuk entri kali ini. Wasalam...

Laaton ke bhoot baton se nahi maante!
A stubborn person will never accept logic

note: Abang Burn tiru style Star Shooter untuk entri ni. Copy cat? lantak engkau orang nak cakap apa. And tengok lar video gol Roberto Carlos di bawah ni. Pasti engkau orang akan speechless just like me.



No comments:

Post a Comment