Ads 468x60px

Blog ini ditulis oleh tiga individu berbeza yang sangat merendah diri. ececeh. Untuk informasi selanjutnya klik About Us

Thursday, 2 August 2012

Ramadan Review - first 7 days







                                               Assalamualaikum...


Bulan ramadahan akhirnya tiba lagi. Alhamdulillah. Mesti seronokkan. Yalah dapat puasa dan buka puasa... ( ayat pendahuluan dah Habis... biasalah... ngeh-ngeh-ngeh)


  Seperti yang sedia maklum bulan ramadhan ni mempunyai banyak kebaikan serta manfaat. Pahala dilipat gandakan, pintu langit terbuka, doa dimakbulkan, seksa kubur diangkat, malam lailatul qadar, dan banyak lagilah.


  Pada bulan puasa ni juga banyaklah gerai yang dibuka sama ada di tepi jalan atau di bazar ramadhan. Mata jadi rambang sekali bila hendak pilih makanan. Kebiasaannya bila tengok awek comel saja jadi macam tu. Memanglah, bila murtabak saja sudah ada pelbagai jenis koleksi ditawarkan manakan tahan nafsu ni. Tu tak termasuk lagi nasi kerabu, ayam panggang biasa, ayam panggang madu, ayam tempayan, nasi goreng cina, sate ayam, sate daging kambing, dan sate daging lembu yang ada terjual di bazar ramadhan. Memang perh kan? Bila terbayang satu-satu makanan memangg menjejeh air liur. betul-tak-betul-tak.

Sebelum masuk ramadhan ni, aku dah set target untuk melakukan lonjatan ke bulan dalam diri aku ni. Aku cakap pada diri aku jadi lebih baik dan mantop dari sebelum ini. kalau boleh masa bulan puasa ni nak study lebih sikit. Bila baca buku tu biarlah sampai habis satu buku gitu. Bila ngaji pula biar boleh khatam tiga kali dalam bulan ni. Ambil berkat ramadhanlah katakan. Tapi ibarat mandi di ladang tak ada semur, so tak boleh berjumpa lagi ( tak ada kaitan pun) segala impian dan harapan ibarat cuma debu-debu berterbangan ( perh ayat bunga raya sikit)... Sikit habuk tak buat! So sebagai orang kata muhasabah diri atau introspekso diri aku senaraikan 5 perkara umum yang aku buat sepanjang seminggu puasa ni.

Terawih

First night terawih memang mangak giler... memang giler arhHH... Belum pukul lapan lagi dah sound adik beradik suruh cepat bersiap nak pergi masjid ( sebelum ni haram nak buatnye...) Yang lambat siap tu aku WWE kan dia sampai insaf (hierbola). Sampai kat masjid pula bangun buat solat sunat yang sebelum ni memang payah nak buat. Bila imam nak mula bangun untuk solat isyak, aku dah semangat ni sebab tunggu solat terawih yang akan dilaksanakan selepas solat isyak. Diringkaskan cerita masa terawih tu aku buat sampai 20 rakaat. Siap tambah witir 3 rakaat pula lepas tu. Ha, bukan calang-calang orang boleh buat macam tu. Korang pun belum tentu buatkan. Eceh berlagak pula. Tak baikkan berlagak. Nanti masuk api meraka neraka. hihihi... sori-sori

                                        


Biasalah first night kan memang bersemangat sikit. tapi lepas berlalunya era first night sudah mulalah rasa sakit pinggang, sakit perut, sakit hati, sakit kaki, sakit punggung, muntah hijau sebab masa berbuka makan macam tak ingat dunia, dan banyak lagi sehingga solat jadi kurang sampai ke lapan dan terasa liat sekali nak pergi masjid untuk solat terawih.  Itulahkan manusia... Selalu bagi alasan... Korang macam ni juga ke?

Ada sesetengah masjid atau surau kat tempat aku ni suasana terawihnya berbeza sikit dati suasana terawih tempat lain. Sebabnya, masjid atau surau tu menyelitkan tazkirah selepas rakaat keempat sebelum menyambung solat terawih sehingga lapan. Memang baguslah kan suasana macam ni kerana pihak masjid atau surau tu ambil peluang memberi peringatan kepada jemaah yang hadir di samping melakukan ibadat terawih. Yalah, bukan semua jemaah yang hadir solat terawih tu free untuk hadir ke masjid atau surau time sebelum ramadhan. So sekurangnya mereka dapat manfaat lebih sikit masa bulan puasa ni.

Cuma bila ada program macam tazkirah ni dalam solat terawih, mungkin agak mengantukkan sikit. Mengikut pengalaman aku sendiri lepas habis tazkirah dan rakaat keenam pula bersambung mata aku dah pejam... buka....pejam....buka sambil kepala tersengguk-sengguk sebab mengantuk sangat. Kadang tu tok imam dah bagi salam baru aku nak bangun tahiyyat... huhuuhu

Tadarus Al-quran

Sememangnya tadarus Al-quran ni memang sinonim dengan bulan puasa. Sebab aku tengok masa bulan ni lah orang bersemangat untuk membaca Al-quran. Sebelum ni nak kata haram nak tengok orang baca tu haram jugalah tapi ada yang halalnya. Lagipun, aku sendiri pernah mengalami  merasai pengalaman berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-quran semasa di sekolah agama dulu. Kami bertanding ni siapa cepat khatam dulu dengan berapa banyak yang boleh khatam sepanjang ramadhan. Budaya  ni bagi aku memang bagus kerana menyemarakkan lagi jiwa dan suasana ramadhan itu. Bak kata orang arab 'ihya ramadhan'. But, sememangnya better kalau kita tadarus tu  sekali dengan memahami makna Al-quran itu sendiri. Daripada khatam banyak kali tanpa faham isi kandungan tentulah lebih baik khatam sekali dengan fahami dan mendalami maksuk isi kandungan Al-quran. Kerana, sekurangnya kita dapat ambil sedikit pengajaran dari kitab yang benar ni jika tak banyak. untuk kita renungkan dan insafi.

Study yang tak aktif  
                                   
Entah bila masa aku aktif study. Bukan sebab study tu nerd ke apa ( sebab aku sendiri nerd, so tak leh bagi alasan tu) tapi sebab aku sendiri mala. Patutnya masa bulan puasa ni lah aku rajin sikit membaca ke, menjawab soalan ke, mengulang kaji ke, dan sebagtainya yang berkaitan dengan study sebab bulan ni kan berkah. So, mesti tuhan berikan berkah atas usaha aku sudy. Insya Allah. Tetapi kentutlah aku ni sebab langsung tak buat ulang kaji apa-apa subjek melainkan tidur dan internet saja biarpun trial dah dekat. Tapi aku tak rasa tertekan sangat sebab korang pun sama juga kan. 2 kali 5 je... kua-kua-kua...

Cuma aku harap sangatlah diri aku ni dapat berubah menjadi lebih rajin sikit untuk tengok buku pada bulan ramadhan agar berkahnya mengistiqamahkan aku untuk meneruskan ke bulan-bulan lain.

Asyik fikir trial spm

Dup-dap-dup-dap... Seminggu ramadhan dah berlalu. Maksudnya Trial SPM dah semakin hampir. Tarikh trial cuma berapa minggu lepas raya puasa. Tu yang debar sangat tu. Memanglah study tak, tidoO je memanjang apa nak jadi dengan aku ni.... Nak jadi tukan sapu sampah? pok guard? cashier pasaraya?.... Tak nak... Habis tu nak jadi apa?... Aku nak jadi engineer, kalau tak boleh nak jadi doktor, kalau tak boleh juga nak jadi pilot je lah.... Habis tu kau ingat kau dapat jadi semua tu dengan usaha kau sekarang yang cuma tahu tidur, makan, dan internet?

Entahlah labu, jawab aku sendiri.


                                    

Tidur

Inilah aktiviti yang paling femes dalam bulan ramadhan sehingga menjadi trend ikutan ramai. Kebiasaannya kitaran tidur aku dalam sehari adalah 6-7 jam je pada bulan-bulan biasa. Tapi, bila bulan ramadhan ni kitaran tu tela meningkat sehingga 9-10 jam sehari. Ada sekali tu aku tidur dari lepas subuh sampai ke pukul tiga petang.

Aktiviti tidur ini sesuai dijalankan especially jika anda seorang pelajar seperti saya tempat yang paling sesuai ialah dalam kelas. Buktinya, bilangan pelajar tidur dalam kelas waktu bulan puasa ni tersangatlah ramai terutamanya dalam kelas subjek kritikallah sangat seperti add matrh, kimia, biology, fizik, dan english (

Ya memanglah dalam bulan ramadhan ni tidur pun dikira ibadah. Namun tidur yang berlebihan tak silap saya boleh memakruhkan puasa ( betulkan jika tersilap). Lagipun kalau kita asyik tidur waktu bulan puasa bagi pendapat aku ianya akan mendatangkan fitnah kepada agama islam tu sendiri. Yalah bila orang buddha ke, hindu ke, kristian ke yang tak faham islam tengok umat islam selalu kerap tidur setiap kali masuk ramadhan pasti mereka akan beranggapan bulan ramadhan ini adalah bulan yang tak produktif kerana ibadah puasanya akan meletihkan badan dan akal selain lapar dan dahaga meski hakikatnya berbeza. Jangan salahkan mereka sebab tak memahami. Tapi salahkan diri sendiri yang memberikan bad impression kepada mereka.

Tak salah tidur tapi berpada-padalah.
Kalau korang ada pendapat lain tu korang punya pasallah. Ada aku kesah ( tangan atas bahu. Mata tengok atas)... hehehe... Gurau je... Jumpa lagi.... Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment